:: All About Nazwa NasliE ::

"..Menyanyi bersamaku dalam setiap gerak tariku dan berkongsi bersamaku dalam segala hal.. kau dan aku sama kerana kita satu dalam lagu... iya noh tambalutku.."

 
+ Masa Itu Emas +
+ Album Pertama Nazwa +

~> Judul² Lagu

1. IKOYU TUNDU UNDU KU
2. OH TAMBALUT KU
3. JOGET PASON
4. APAH GULI NOH
5. OI TINARU KU
6. OSONONG IH NONGOKITO KU
7. PASON TOPINAI KU
8. TUDUKAI OKU
9. TIMPU
10. PATAHAKON KU DIKOYU


+ Demo Lagu Dalam 1st Album +
+ Nazwa's V/clip +
+ Nazwa's Counter +
3/2/07, Juara Lagu Dusun 2007
Monday, September 3, 2007
JLD 2007 ini diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada 03 Febuari 2007. Nazwa Naslie dijemput hadir membuat persembahan bagi memeriahkan lagi Majlis ini.

Ferona, Nazwa & Syafiqa



Aksi Wawa : Jurukamera oleh GOGDS

Wawa & Nanak

Bersama keluarga Aunty Nisa

Bersama Fanz Kecik dari Ranau

- Rugi Nda dapat pulang Ranau masa JLD2007 nie. Harap lain kali dapat peluang melihat persembahan artis² KaDus. Good luck Wawa ☺
posted by Nazwa NasliE @ 10:41 PM   0 comments
Nazwa & Fanz Ranau (20 Febuari 2007)
1st Jumpa dengan Nazwa memang best.. happy sangat.. kalau tak silap, masa jumpa dengan wawa nie Hari ke-3 Chinese New Year (20 febuari ' 07). Di bawah ialah gambar² yang diambil semasa di Ice Cool, Ranau.

CD lagu & karaoke untuk blog wawa yang akan sia buat : thanks uncle


Autograph :p




Cutenya ♥

Wawa & YaN

Aunty Juliana & Wawa

Mumy Wawa & YaN : Cantik mama wawa nie :)

- Next time harap kalau balik Ranau, sia mau jumpa dorang sekeluarga pula.. Uncle Naslie ndak dapat hadir masa jumpa dengan Wawa sebab dia sakit.. sedihnya.. wish dorang sihat. Miss u'll so much & Good Luck !!!
posted by Nazwa NasliE @ 8:42 PM   0 comments
Penghargaan Nazwa untuk Album Pertamanya
Saturday, December 9, 2006
Photobucket - Video and Image Hosting
Pertama sekali, thanks kepada Bamboo Sound Studio dan penerbit Pn.Dusiah Ropotoh yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk bernaung dibawah Syarikat beliau dan seterusnya menerbitkan album solo pertama saya ini.

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
- Pn.Dusiah Ropotoh, En.Victor Paulus & En. Fhilix Don -

Tidak Lupa juga untuk Pencipta Lagu Uncel Fhilix Don dan Victor Paulus. Music Arrangement Uncel Victor (maaf kerana terpaksa layan karena saya di studio) serta staf staf BSS.

Tidak Lupa album ini saya dedikasikan khas untuk
Ayah, Ibu dan Adik-adik saya serta seluruh ahli keluarga yang teguh berdiri dibelakang saya selama ini. Istimewa juga untuk Cik. Betty dan Cik. Jenelin Jenn (thanks atas tunjuk ajar kalian). Tidak lupa Cikgu Christina Gompiloh, Pn. Annastasia Majangki (hanya kalian yang mengerti) serta semua guru S.K Nalapak Ranau juga pada rakan-rakan saya. Kepada semua peminat seni, terima kasih atas sokongan anda dalam album ini dan jumpa lagi dalam album akan datang. Moga terhibur.....

Photobucket - Video and Image Hosting
Nazwa Naslie
posted by Nazwa NasliE @ 10:17 PM   0 comments
NAZWA NASLIE - Album Review
Tuesday, December 5, 2006

Shallom...

Photobucket - Video and Image Hosting

--> Lebih kurang setahun lamanya album ini berada dipasaran sejak diedarkan pada akhir tahun lalu iaitu 20 December 2005. Baru sekarang berkesempatan mereview album ini. Lagipun semangat mereview nie semakin membuak-buak bila wujudnya blogsite ini.. Masih ingat Lagu "Ikoyu Tundu Undu Ku by Nazwa Naslie" yang suatu masa dulu popular di carta Bontugan Sinding ? Dialah satu satunya kanak² kecil yang berjaya menduduki carta Bontugan Sinding.

--> Album yang diberi nama "Nazwa Naslie" iaitu nama kepada penyanyi kecil ini diterbitkan oleh Puan Dusiah Ropotoh. Terbitan dan Edaran pula oleh Bamboo Sound Studio Sdn. Bhd. Susunan Music, Jurukamera dan Adunan diuruskan oleh Victor Paulus dan Juru Foto, Design Kulit Album & Suara Latar pula diuruskan oleh Felix Don (Idola saya - iaitu penyanyi yang tidak asing lagi) . Kesemua lagu dirakam penuh oleh Bamboo Sound Studio Sdn. Bhd. Konsep album yang dibawakan terdiri daripada pelbagai genre . Terdapat 10 buah lagu dalam album ini. Bah, lets check it out :

1. IKOYU TUNDU UNDU KU (Loyuk & Roiton: Victor Paulus)
- Pemilihan lagu ini sebagai lagu pertama dalam Album ini adalah pilihan yang tepat kerana membuatkan saya terterik & ingin mendengar kesemua lagu dalam album ini.Lagu ini menceritakan tentang rasa terimakasih seorang anak terhadap kasih sayang kedua ibu bapa yang sentiasa melindungi dan memberi nasihat kepada si anak dan sekaligus menjadi sahabat sepanjang perjalanan hidup c anak. Lagu ini pernah berada dalam carta 10 lagu dusun terbaik. Ia menjadi lagu favourite saya. Rentak lagu ini slow dan suara Nazwa yang begitu mendayu² membuatkan saya tenang dan sangat terhibur. Saya berikan 5/5 bintang untuk lagu ini.

2. OH TAMBALUT KU (Loyuk: Suil L & Felix Don & Roiton: Felix Don)
- Lagu rancak ini ditujukan khas untuk sahabat. Ia menceritakan kerinduan si penyanyi kepada sahabatnya yang telah lama tidak berjumpa. saya berikan 2/5 bintang untuk lagu ini.

3. JOGET PASON (Loyuk & Roiton: Felix Don)
- Lagu ini berentak Joget, seperti kebiasaan bagi setiap album KaDus yang lain. Liriknya lebih kepada nasihat dan pengajaran. Walaupun rentak lagu ini berulang-ulang dari rangkap pertama hingga akhir, tapi best !! Selain terhibur, badan pun macam mo ikut menari hehe.. Kaino tumindak! Oh ya, sebelum sia terlupa, c Felix Don ada mempromote Sungai Pagalan dan Sungai Liwagu juga dalam lagu nie. Thanks hehe.. Saya berikan 3/5 bintang untuk lagu ini. Enjoy!

4. APAH GULI NOH (Loyuk & Roiton: Felix Don)
- Sebelum tu, sia mo say SALUTE tahap Gaban sama c Felix Don sebab cipta lagu yang sangat istimewa ini. Sia betul- betul ANGAU tahap NAGA bila dengar lagu nie hehe.. eh siou.. beremosi pula sia.. Lagu ini lagu slow .. maybe rentak balada la tu. Ia mengisahkan kerinduan c anak kepada si ayah, kepada suasana sebelum pemergian c ayah. (oops bukan meninggal aah hehe) Menagih simpati c ayah untuk kembali dan membina semula keluarga yang telah lama hilang serinya. Penghayatan yang diberikan Nazwa untuk lagu ini menjadikan lagu ini cukup “berhantu” bagi saya. Sia bagi 5/5 bintang untuk lagu ini.

5. OI TINARU KU (Loyuk & Roiton: Victor Paulus)
- Lagu ini berentak sumazau. Lagu berunsur nasihat atau pesan kepada pendengar supaya berbangga dengan bangsa dan bahasa nenek moyang kita (KadazanDusun) dan memajukan bangsa kita supaya mekar dan kekal sepanjang zaman. Salute kepada Victor Paulus sebab cipta lagu yang istimewa ini. Saya bagi 3/5 bintang untuk lagu ini.

6. OSONONG IH NONGOKITO KU (Loyuk & Roiton: Victor paulus)
- Bagi saya, lagu ini sangat sesuai dibunyikan selepas berita di Radio. Lagu ini berentak Keroncong Patriotik. Tempo lagu ini agak slow sikit. Lagu ini menceritakan tentang keindahan bumi Sabah. Tentang tempat-tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri. Kelunakan suara Nazwa mendendangkan lagu ini membuktikan dia juga boleh nenyanyi lagu asli dengan baik. Saya bagi 3/5 bintang untuk lagu ini.

7. PASON TOPINAI KU (Loyuk & Roiton: Fhiliz Don)
- Sia nda tau apa genre lagu nie. Tapi rancak sikit la. Irama lagu dalam setiap rangkap berulang-ulang dari mula sampai akhir tapi Nazwa brjaya mempelbagaikan lengok lagu dalam setiap rangkap. Memang siok laa .. Lagu ini tentang nasihat. Ringkas tapi banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam liriknya. Sia bagi 3/5 bintang untuk lagu ini.

8. TUDUKAI OKU (Loyuk & Roiton: Fhilix Don)
- Rentak lagu nie slow.. Dance ka apa? Hehe tapi memang mendayu-dayu laa.. siuk bah enjoy sia dingar. Comel suara c Nazwa nyanyi. Lagu ini mengisahkan c penyanyi yang ingin dipimpin untuk mengenal jalan kehidupan yang diingininya. Sia bagi 4/5 bintang untuk lagu ini.

9. TIMPU (Loyuk & Roiton : Victor Paulus)
- Lagu ini lagu nasihat yang menceritakan betapa berharganya masa itu untuk diisi dengan perkara yang berfaedah Rentak lagu ini rock n Roll .. sia enjoy dengar nie lagu. Kebolehan Nazwa membawakan pelbagai genre lagu merupakan suatu pakej yang baik untuk Nazwa memantapkan diri sebagai penyanyi yang berkaliber di masa akan datang.. Sia berikan 3/5 bintang untuk lagu ini.

10. PATAHAKON KU DIKOYU (Loyuk & Roiton: Fhilix Don)
- Sia betul² enjoy dengar nie lagu! Jalan cerita lagu ini memang best. Tentang cinta si anak kepada ibubapanya. Seolah-olah Nazwa menyanyikan untuk kedua ibubapa nya. Hehehe (sempat sia terimagine, mesti senyum tu kan daddy & mummy c wawa kalau dengar c wawa nyanyi.. pandai c Fhilix Don cipta) .. Lagu ini berentak sumazau. Sia bagi 4/5 bintang untuk lagu ini.

--> Kepelbagaian genre lagu dalam album Nazwa Naslie ini membuatkan saya tidak jemu mendengarnya berulang-ulang kali. Susunan music yang sebegini sememangnya menjadi satu daya tarikan dan menjadi kegemaran saya. Ditambah lagi dengan kelunakan dan kemampuan suara Nazwa mencapai nada yang tinggi. Saya percaya, setiap pendengar mesti kagum dengan bakat menyanyi yang ada pada Nazwa. Jadi kepada sesiapa yang belum berpeluang membeli album Nazwa Naslie, dapatkan segera sementara stok masi ada. Good luck adikku manja :) .


TAJUK ALBUM : NAZWA NASLIE
HARGA KESET : RM13.90
TERBITAN & EDARAN : BAMBOO SOUND STUDIO SDN. BHD.
ALBUM RELEASE : 2005

posted by Nazwa NasliE @ 7:51 PM   0 comments
NAZWA NASLIE DI SABAH VFM (19/05/06)
Thursday, November 30, 2006
Photobucket - Video and Image Hosting

(Kredit from : http://elviena.blogspot.com )
Semalam (19 May 2006) sia buka radio dan bersedia mo dengar nie rancangan "ABABAIAN MIAMPAI ARTIS" di radio Sabah VFM kosolimbahan boros dusun.Tepat jam 9.45 malam, sia suda sedia depan radio dengan pen dan kertas.Mo pok juga la sia kenal ka tida nie artis.Punya la men happy sia sebab rupa-rupanya artis jemputan kali ini ialah c adik kecil NAZWA NASLIE. Odoi dogo, sia memang minat kama c baby cute nie... emm.. di bawah ada sedikit laporan tentang temuramah diantara c adi Nazwa, papa dia c Naslie, pemanggil² dan DJ Denysius Ingging.

- Nazwa dari mana?
--> Ranau.

- Nazwa sekolah di mana ?
--> S.K Nalapak, Ranau. (15 km dari Pekan Ranau).

- Berapa umur ?
--> 10 tahun ( darjah 4 lai tu kan? hehe masi muda c baby)

- Pernah nyanyi sebelum nie?
--> Bintang Kecil RTM 2005 (tempat ke-3.. wa buli tahan baa)

- Ada album sudah ?
--> Ada. Sudah dipasarkan sejak 20 December 2005.

- Di mana album tersebut dirakam ?
--> Dusiah's studio (Bamboo Sound Studio - BSS ) sana Tambunan ..

*LAGU pertama - PATAHAKON KU DIKOYU ( best nie lagu)
Bisuk (hari ini-20 MEI '06) c Nazwa akan perform di Dewan KDCA dalam konsert bersama FELIX dan NIKKI. Dadi c Nazwa bilang, nazwa akan nyanyi 2 lagu.Harap² da nyanyi lagu hits dia yang "IKOYU TUNDU-UNDUKU" & "APAH GULI NOH" best ! but sa nda dapat gia p sana tu ari nie.. sodih noh sia :-( sa menunggu laporan dari kru KE ja nie. Hehehehe... (sia sempat kirim keset ja untuk c wawa sign.. thanks marc & wawa )
- Bila lagi minat menyanyi ?
--> sejak tadika

- Apa warna cover keset ?
--> Biru dan bertulis Nazwa Naslie.

- Bila CD mo keluar ?
--> Mogintong negi rojiki dot ingaa noh kobolingkahan lah..

*LAGU kedua - OI TAMBALUT KU (silap teknik. Sepatutnya lagu Apah Guli Noh)
- Si pemanggil memuji & berharap dapat anak yang pandai menyanyi maciam Najwa...
- Apa harapan di belakang hari?
--> Belajar tingi-tinggi dan berjaya dalam nyanyian.Dikenali ramai.

- If ada Keramaian di tempat saya,boleh saya jemput Nazwa datang untuk nyanyi ?
--> Boleh,apa salahnya.. ini boleh membantu Nazwa memperbanyakkan peminatnya.

*LAGU ketiga - APAH GULI NOH (ciptaan Fhilix Don-mendayu2 lagu nie.Best
- Banyak pendengar yang cakap, suara dan lagu nazwa siok2. Apa tips untuk menjaga suara ?
--> Banyakkan meminum air suam dan banyakkan latian menyanyi.

*LAGU keempat - TIMPU (chorus lagu nie best.. )
- Berapa adik beradik ?
--> 3 ada 2 orang adik lagi.

- Ucapan terakhir ?
--> En.Naslie berterima kasih kepada Sabah VFM kerana menjemput Nazwa untuk sesi temuramah ini.Terimakasih kepada peminat yang suka dan membeli keset Nazwa (aku diantaranya bah hehehe miagal negi) .. terimakasih kepada Puan Dusiah - Bamboo Sound Studio (BSS) , Fhilix Don dan semua staff BSS, Tidak lupa juga kepada cikgu² Najwa yang mengajar di sekolah Sk.Nalapak, Ranau kerana banyak bagi semangat dan sokongan.Diantaranya ialah Cikgu Christina, Jenilin Jenn (wa,sigu juga ba pula dia nie tau..baru sa tau best juga lagu da nie), cikgu Betty, dll -siou sia nda sempat salin nama yang len) dengan ucapan, Salam Kaamatan.

:: yanmccaulley ::

posted by Nazwa NasliE @ 11:01 PM   0 comments
Welcome...
Monday, November 27, 2006
Ello semua ...
Salam mesra dan ceria.. syukur kepadaNya kerana Blogsite ini telahpun siap walaupun tak siap sepenuhnya. Kerana minat yang mendalam kepada seorang anak kecil yang berbakat seperti wawa atau lebih dikenali sebagai Nazwa Naslie, saya (YaN / yanmccaulley / elviena) telah membuat blogsite khas untuknya. Untuk makluman, En.Naslie (papa kepada Nazwa) juga mengetahui kewujudan Blogsite ini malah dialah yang menjadi tulang belakang kepada Blogsite ini.. Segala rujukan dibuat terlebih dahulu sebelum menyebarkan sebarang maklumat tentang Nazwa disini. Thanks uncle :)

Tujuan penubuhan Blogsite ini ialah untuk mempromote atau memberitahu segala aktiviti dan perkembangan terbaru mengenai Nazwa tru internet. Jadi, peminat yang berada di luar Sabah atau di luar Negara boleh memperoleh maklumat mengenainya. Saya percaya peminat Nazwa ramai di luar sana. Sekarang kita boleh berkongsi segala-gala tentang Nazwa disini.

Thanks untuk Wawa sebab sporting dan mesra. Pssst ... wawa juga tau kewujudan blogsite nie :) Jutaan terimakasih untuk uncle Naslie sekeluarga sebab sokong dan sudi berkongsi maklumat mengenai Wawa, tak kira dalam bentuk gambar, lagu, video dan juga aktiviti-aktiviti wawa.

Sokongan dan kerjasama daripada kalian semua saya dahulukan dengan jutaan terimakasih. Mari kita bersama-sama merealisasikan Impian seorang anak kecil yang begitu tinggi dan murni ini ♥

:: yanmccaulley ::
posted by Nazwa NasliE @ 10:37 PM   0 comments
+ About Me +

Name: Nazwa NasliE
Home: Nalapak, Ranau, Sabah
About Me: I'am a simple person & cutie !
See my complete profile
+ Ruangan Chat +

+ Links +
+ Studio Rakaman +
+ Previous Post +
+ Archives +
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 :: All About Nazwa NasliE :: Template by Isnaini Dot Com