Shallom...  --> Lebih kurang setahun lamanya album ini berada dipasaran sejak diedarkan pada akhir tahun lalu iaitu 20 December 2005. Baru sekarang berkesempatan mereview album ini. Lagipun semangat mereview nie semakin membuak-buak bila wujudnya blogsite ini.. Masih ingat Lagu "Ikoyu Tundu Undu Ku by Nazwa Naslie" yang suatu masa dulu popular di carta Bontugan Sinding ? Dialah satu satunya kanak² kecil yang berjaya menduduki carta Bontugan Sinding.
--> Album yang diberi nama "Nazwa Naslie" iaitu nama kepada penyanyi kecil ini diterbitkan oleh Puan Dusiah Ropotoh. Terbitan dan Edaran pula oleh Bamboo Sound Studio Sdn. Bhd. Susunan Music, Jurukamera dan Adunan diuruskan oleh Victor Paulus dan Juru Foto, Design Kulit Album & Suara Latar pula diuruskan oleh Felix Don (Idola saya - iaitu penyanyi yang tidak asing lagi) . Kesemua lagu dirakam penuh oleh Bamboo Sound Studio Sdn. Bhd. Konsep album yang dibawakan terdiri daripada pelbagai genre . Terdapat 10 buah lagu dalam album ini. Bah, lets check it out :
1. IKOYU TUNDU UNDU KU (Loyuk & Roiton: Victor Paulus) - Pemilihan lagu ini sebagai lagu pertama dalam Album ini adalah pilihan yang tepat kerana membuatkan saya terterik & ingin mendengar kesemua lagu dalam album ini.Lagu ini menceritakan tentang rasa terimakasih seorang anak terhadap kasih sayang kedua ibu bapa yang sentiasa melindungi dan memberi nasihat kepada si anak dan sekaligus menjadi sahabat sepanjang perjalanan hidup c anak. Lagu ini pernah berada dalam carta 10 lagu dusun terbaik. Ia menjadi lagu favourite saya. Rentak lagu ini slow dan suara Nazwa yang begitu mendayu² membuatkan saya tenang dan sangat terhibur. Saya berikan 5/5 bintang untuk lagu ini.
2. OH TAMBALUT KU (Loyuk: Suil L & Felix Don & Roiton: Felix Don) - Lagu rancak ini ditujukan khas untuk sahabat. Ia menceritakan kerinduan si penyanyi kepada sahabatnya yang telah lama tidak berjumpa. saya berikan 2/5 bintang untuk lagu ini.
3. JOGET PASON (Loyuk & Roiton: Felix Don) - Lagu ini berentak Joget, seperti kebiasaan bagi setiap album KaDus yang lain. Liriknya lebih kepada nasihat dan pengajaran. Walaupun rentak lagu ini berulang-ulang dari rangkap pertama hingga akhir, tapi best !! Selain terhibur, badan pun macam mo ikut menari hehe.. Kaino tumindak! Oh ya, sebelum sia terlupa, c Felix Don ada mempromote Sungai Pagalan dan Sungai Liwagu juga dalam lagu nie. Thanks hehe.. Saya berikan 3/5 bintang untuk lagu ini. Enjoy!
4. APAH GULI NOH (Loyuk & Roiton: Felix Don) - Sebelum tu, sia mo say SALUTE tahap Gaban sama c Felix Don sebab cipta lagu yang sangat istimewa ini. Sia betul- betul ANGAU tahap NAGA bila dengar lagu nie hehe.. eh siou.. beremosi pula sia.. Lagu ini lagu slow .. maybe rentak balada la tu. Ia mengisahkan kerinduan c anak kepada si ayah, kepada suasana sebelum pemergian c ayah. (oops bukan meninggal aah hehe) Menagih simpati c ayah untuk kembali dan membina semula keluarga yang telah lama hilang serinya. Penghayatan yang diberikan Nazwa untuk lagu ini menjadikan lagu ini cukup “berhantu” bagi saya. Sia bagi 5/5 bintang untuk lagu ini. 5. OI TINARU KU (Loyuk & Roiton: Victor Paulus) - Lagu ini berentak sumazau. Lagu berunsur nasihat atau pesan kepada pendengar supaya berbangga dengan bangsa dan bahasa nenek moyang kita (KadazanDusun) dan memajukan bangsa kita supaya mekar dan kekal sepanjang zaman. Salute kepada Victor Paulus sebab cipta lagu yang istimewa ini. Saya bagi 3/5 bintang untuk lagu ini. 6. OSONONG IH NONGOKITO KU (Loyuk & Roiton: Victor paulus) - Bagi saya, lagu ini sangat sesuai dibunyikan selepas berita di Radio. Lagu ini berentak Keroncong Patriotik. Tempo lagu ini agak slow sikit. Lagu ini menceritakan tentang keindahan bumi Sabah. Tentang tempat-tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri. Kelunakan suara Nazwa mendendangkan lagu ini membuktikan dia juga boleh nenyanyi lagu asli dengan baik. Saya bagi 3/5 bintang untuk lagu ini. 7. PASON TOPINAI KU (Loyuk & Roiton: Fhiliz Don) - Sia nda tau apa genre lagu nie. Tapi rancak sikit la. Irama lagu dalam setiap rangkap berulang-ulang dari mula sampai akhir tapi Nazwa brjaya mempelbagaikan lengok lagu dalam setiap rangkap. Memang siok laa .. Lagu ini tentang nasihat. Ringkas tapi banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam liriknya. Sia bagi 3/5 bintang untuk lagu ini. 8. TUDUKAI OKU (Loyuk & Roiton: Fhilix Don) - Rentak lagu nie slow.. Dance ka apa? Hehe tapi memang mendayu-dayu laa.. siuk bah enjoy sia dingar. Comel suara c Nazwa nyanyi. Lagu ini mengisahkan c penyanyi yang ingin dipimpin untuk mengenal jalan kehidupan yang diingininya. Sia bagi 4/5 bintang untuk lagu ini. 9. TIMPU (Loyuk & Roiton : Victor Paulus) - Lagu ini lagu nasihat yang menceritakan betapa berharganya masa itu untuk diisi dengan perkara yang berfaedah Rentak lagu ini rock n Roll .. sia enjoy dengar nie lagu. Kebolehan Nazwa membawakan pelbagai genre lagu merupakan suatu pakej yang baik untuk Nazwa memantapkan diri sebagai penyanyi yang berkaliber di masa akan datang.. Sia berikan 3/5 bintang untuk lagu ini. 10. PATAHAKON KU DIKOYU (Loyuk & Roiton: Fhilix Don) - Sia betul² enjoy dengar nie lagu! Jalan cerita lagu ini memang best. Tentang cinta si anak kepada ibubapanya. Seolah-olah Nazwa menyanyikan untuk kedua ibubapa nya. Hehehe (sempat sia terimagine, mesti senyum tu kan daddy & mummy c wawa kalau dengar c wawa nyanyi.. pandai c Fhilix Don cipta) .. Lagu ini berentak sumazau. Sia bagi 4/5 bintang untuk lagu ini. --> Kepelbagaian genre lagu dalam album Nazwa Naslie ini membuatkan saya tidak jemu mendengarnya berulang-ulang kali. Susunan music yang sebegini sememangnya menjadi satu daya tarikan dan menjadi kegemaran saya. Ditambah lagi dengan kelunakan dan kemampuan suara Nazwa mencapai nada yang tinggi. Saya percaya, setiap pendengar mesti kagum dengan bakat menyanyi yang ada pada Nazwa. Jadi kepada sesiapa yang belum berpeluang membeli album Nazwa Naslie, dapatkan segera sementara stok masi ada. Good luck adikku manja :) . TAJUK ALBUM : NAZWA NASLIE HARGA KESET : RM13.90 TERBITAN & EDARAN : BAMBOO SOUND STUDIO SDN. BHD. ALBUM RELEASE : 2005 |